Kaedah Untuk Teruskan Dengan Pilihan Warna Cat Rumah Anda

Dalam artikel ini pakar kami akan membimbing anda tentang pilihan warna cat rumah yang sesuai untuk kediaman keluarga anda. Sertai kami di mana kami akan menunjukkan proses memilih warna untuk seluruh rumah, dan memberikan ilham bagi menambat hati ruang dinding anda.

Jika hanya memilih satu warna cat sahaja sudah  merumitkan, inikan pula untuk menemui warna bagi keseluruhan rumah? Bagaimana anda tahu ia nya bersesuaian? Bagaimana cara untuk anda bermula?

Perhatikan bilik-bilik yang kelihatan sama 

Kelilingi rumah anda dan perhatikan ruang yang anda dapat lihat dari sesebuah bilik. Gunakan lukisan pelan rumah untuk memastikannya. Bilik bersebelahan adalah sebahagian daripada proses ini. Butiran ini akan menjadi asas pelan warna rumah anda, jadi pastikan ia sentiasa berada di tangan anda.

Bermula dengan memilih warna untuk ruang paling besar, bilik ini kebanyakannya terletak di tengah-tengah.

Ia berkemungkinan akan menjadi ruang tamu atau dapur anda, ia adalah tempat yang terbaik bagi memulakan kerja palet seluruh rumah anda.

Jika memilih warna memberi tekanan untuk anda, memilih warna lembut dan neutral untuk bilik utama akan memudahkan pemilihan warna-warna lain. Bahkan anda tidak pernah salah jika hanya memilih warna putih.

Atau mulakan dengan bilik yang mahu di cat dengan warna paling menonjol/terang/garang.

Sekiranya anda sukakan warna dan mempunyai beberapa warna untuk bilik tertentu, anda juga boleh mulakan dengan warna tersebut. Lihat dari sisi luar bilik yang di cat warna terang, kemudian pilihlah warna yang lebih lembut untuk bilik seterusnya.

Bina palet anda dengan tona warna yang senada. Sebaik sahaja anda telah memutuskan warna cat yang dipilih untuk bilik pertama, tip mudah untuk bilik seterusnya adalah dengan memilih tona warna yang sama untuk bilik atau dinding bersebelahan. Keindahan kaedah ini dapat memberi tarikan dan kelapangan bagi rumah anda, anda juga boleh merasa yakin bahawa warna-warna tersebut tampak bersesuaian digabungkan bersama.

Mempunyai strategi apabila memilih warna bagi ruang terbuka.

Terdapat banyak rumah tampak jelas kelihatan, merujuk kepada ruang pelan terbuka yang ditunjukkan di sini, memilih warna gabungan bersesuaian merupakan sangat penting. Menggunakan warna yang sama amat berfungsi dalam jenis ruang seperti ini.

Pendekatan lain adalah menggunakan alam persekitaran sebagai inspirasi untuk seluruh ruang – kami akan sentuh konsep ini di bahagian dua siri ini, menggunakan pantai sebagai contoh. Warna yang bersatu dengan alam semula jadi juga akan berfungsi sebagai warna cat.

Lakukan kerja di tingkat atas dan bawah secara berasingan.

Jika terdapat pemisahan yang nyata di antara tingkat, anda dengan mudah boleh mencipta suasana yang berbeza antara tingkat atas dan bawah, mengikut pada warna yang anda pilih. Tambahan pula, memberi tumpuan kepada sesuatu tingkat pada satu masa dapat membantu tugasan supaya lebih mudah diurus.

Pertimbangkan untuk terus menghubungkan ruang neutral.

Putih, krim, kelabu cair dan sejenisnya adalah pilihan yang redup untuk ruang tamu dan halaman, bahkan ia dapat merehatkan pandangan di antara kawasan yang terdapat lebih warna terang.

Sebaliknya, jika anda memutuskan untuk tetap memilih warna putih atau warna neutral yang lembut di dalam bilik anda, ruang tamu dan halaman boleh menjadi tempat terbaik untuk bereksperimen dengan warna yang lebih garang. Ia tidak perlu menggunakan banyak perbezaan dari warna lain yang anda gunakan – memadai dengan satu dua warna yang tampak gelap sudah mencukupi untuk memberi kesan.

Uji palet yang berpotensi

Apabila anda mengehadkan pilihan warna, bawa pulang  sebekas cat percubaan ke rumah. Melakukan penukaran warna cat anda sendiri akan membolehkan anda menilai setiap warna di dalam bilik yang dimaksudkan dan menyemak warna dalam ruang yang berhubung kelihatan bersesuaian bersama.

Sekiranya anda sedang mencari perkhidmatan tukang cat rumah di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, sila hubungi pasukan pro kami melalui panggilan atau e-mel untuk maklumat lanjut termasuk perundingan warna hari ini!