4 Warna Cat Bilik Air yang Menarik untuk Pengubahsuaian Rumah di Kuala Lumpur dan Selangor

Adakah anda tengah memikirkan warna cat bilik air untuk ubah suai bilik mandi anda di Kuala Lumpur atau Selangor yang seterusnya? Bilik air, dengan ketaranya, merupakan ruang peribadi untuk kita semua. Walaupun pernyataan ini kelihatan pelik, tetapi apabila anda ingin mengubahsuai ruang anda, anda harus tanya diri sendiri soalan yang amat penting ini: Bagaimanakah anda menggunakan bilik air ini?

Sebenarnya kita ingin menyampaikan mesej tentang bagaimana dan berapa lama anda menghabiskan masa dalam bilik ini. Sebagai contoh, adakah anda seorang yang bergesa-gesa mandi dan memerlukan ruang untuk mengemaskan diri selepas anda bangun daripada tidur? Adakah anda seorang yang sedang mencari ruang seperti spa di mana anda dapat melepaskan tekanan apabila merendamkan diri dalam tab mandi waktu malam? Atau anda memerlukan bilik mandi yang sesuai untuk sekeluarga di mana ia sesuai untuk kesibukan semasa pagi dan juga ia dapat dijadikan sebagai ruang untuk berehat dalam tab mandi?

Jawapan anda untuk soalan-soalan ini akan membantu anda untuk memilih warna yang paling sesuai. Selepas anda tahu suasana yang diingini, ini akan menyenangkan anda membuat pilihan. Pilihan-pilihan di bawah merupakan sesetengah warna kegemaran cat bilik air yang akan memikat hati anda.

Warna Kelabu

cat-bilik-air-warna-kelabuWarna kelabu yang lembut merupakan warna yang akan mengekalkan neutral ruang anda dengan tambahan keunikannya. Ia akan membawa warna sejuk yang granit dan konkrit yang menenangkan.

Untuk keseimbangan warna, anda dicadangkan untuk mencampurkan unsur-unsur kayu gelap (seperti lantai dan perabot) untuk menghangatkan suasana. Bagi yang ingin kelihatan klasik, cuba menggunakan warna yang neutral dan ringkas. 

Bagi yang ingin bilik air yang kelihatan lebih ‘bold’, cuba cat yang mengandungi warna terang dalam alat-alat rumah anda, contohnya tuala yang berwarna terang atau tirai mandi bercorak.

Anda boleh melepaskan segala inspirasi pilihan warna anda di sini sebab warna kelabu lembut ini dapat berpadan dengan warna yang banyak dari warna merah jambu lembut hingga warna oren terang.

Warna Putih Terang

cat-bilik-air-warna-putihBilik air yang bersih dan ringkas merupakan gaya muktamad bilik air yang klasik. Walaupun dinding putih merupakan konsep yang ringkas, ia boleh kelihatan menarik dan canggih.

Kami meminati idea menggunakan tekstur yang berlainan untuk memberi paparan yang menarik.

Cuba anda menggunakan jubin lantai yang mempunyai bentuk yang berbeza, dengan cat warna putih terang yang memberi aksen putih. 

Sekiranya anda berpendapat bahawa warna putih dari atas sehingga bawah terlalu banyak, cuba anda menghangatkan suasana dengan menggunakan unsur-unsur kayu lembut atau warna neutral yang lebih lembut.

Untuk kelihatan canggih, guna alat-alat rumah yang berwarna terang: kuning, merah jambu dan hijau.

Warna Biru Muda 

cat-bilik-air-warna-biru-mudaIni merupakan warna biru yang teramat cantik seperti yang anda lihat di langit.

Anda akan berasa tenang apabila dikelilingi oleh biru ini.

Dengan menggunakan biru muda pada dinding, ia akan membina suasana seperti di spa, anda juga mendapat perasaan yang sama apabila anda guna warna ini sebagai warna aksen.

Ini merupakan gabungan yang sempurna dengan jubin lantai putih dan trim putih, untuk palet yang di inspirasi oleh langit biru disampingi oleh awam putih pada hari yang cerah.

Untuk versi yang betul-betul dapat memberi suasana dan perasaan yang tenang, cuba versi warna ini dengan teduhan warna kelabu. 

Warna Putih Berkrim

Sekiranya anda berasa putih terang terlalu terang untuk ada, cuba warna putih berkrim yang mempunyai asas yang lebih ‘warm’.

Versi klasik putih ini akan menambahkan suasana panas pada ruang yang sejuk dan gelap.

Warna ini bergabung baik dengan warna aksen lembut seperti warna merah jambu lembut, lavender lembut atau metallics dengan pattern jenis vintaj. Ini merupakan pilihan yang klasik dan tidak membosankan.

Sila panggil pasukan kami jika anda mencari khidmat cat bilik air di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor atau hantar e-mel untuk sebut harga percuma hari ini!