Tips untuk Memilih Tukang Cat Profesional di KL dan Selangor

Mencari tukang cat selalunya bukanlah suatu tugasan yang senang. Sekiranya anda memikirkan ingin menjimatkan wang atau mempunyai bajet yang rendah untuk kerja pengecatan, anda masih boleh mencari pakar cat kami untuk membantu anda. 

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ingat apabila mempertimbangkan pakar cat untuk rumah anda.

Cara untuk Mendapatkan Tukang Cat Rumah yang Berkualiti di Kuala Lumpur dan Selangor

Mendapatkan Maklumat Yang Diperlukan Tentang Kontraktor

Minta informasi yang diperlukan tentang perkara-perkara seperti pengalamannya dalam bidang ini, rujukan daripada pelanggan terdahulu, dan sebut harga untuk keseluruhan projek mengecat rumah.

Pengalaman Tukang Cat

khidmat-cat-pilihan-warnaBerhati-hati ketika mendapatkan pakar cat yang baru kerana terdapat risiko bahawa kontraktor itu mungkin tidak akan menyelesaikan kerja mereka setelah mendapat wang anda. Cuba bertanya tentang berapa lama kontraktor tersebut sudah berada dalam bidang ini dan dapatkan rujukan yang diperlukan. Ini merupakan perkara yang baik untuk memberi peluang kepada tukang cat baru dan membantu mereka dalam perniagaan mereka, tetapi anda juga harus berhati-hati untuk diri sendiri. Lihat juga jika tukang cat itu adalah profesional; mempamerkan nilai ketepatan masa dan bersikap profesional dalam telefon.

Semak Rujukan

Tidak kira betapa baru kontraktor cat berada dalam bidang ini, anda digalakkan untuk selalunya memeriksa rujukan. Tukang cat baru harus mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua rujukan yang boleh diberikan kepada anda. Hubungi pelanggan mereka terdahulu dan minta maklum balas mengenai kerja cat rumah yang telah dilakukan sebelumnya. Jika boleh, melawat tempat tersebut dan semak kerja cat yang dilakukan dengan mata sendiri.

Sebut Harga

Seorang tukang cat yang baik sepatutnya dapat memberi anda sebut harga untuk perbelanjaan yang dianggarkan; bahan cat, produk, pekerja yang akan digunakan. Dia juga sepatutnya bersedia untuk menemani anda untuk membeli bahan-bahan yang akan digunakan atau terus menghantar bahan-bahan cat tersebut ke rumah anda.

Bagaimanakah Mencari Tukang Cat yang Baik?

Mencari kontraktor pengecatan yang baik di Kuala Lumpur dan Selangor kadang-kadang boleh menyakitkan kepala, kerana anda tidak tahu apakah ciri-ciri tukang cat yang anda perlu cari sebagai pemilik rumah.

Saya telah menyenaraikan cara untuk menentukan pakar pengecatan yang baik untuk mengecat rumah anda:

1) Peninjauan Tempat Percuma

Sesetengah syarikat servis pengecatan tidak menawarkan perkhidmatan ini kepada pemilik rumah atau pemilik pejabat. Perkhidmatan ini sebenarnya boleh membantu pemilik menjelaskan keinginannya dan membantu kontraktor memahami apa yang dikehendaki oleh pemiliknya.

Dengan ini, ia juga membantu tukang cat dalam memberikan sebut harga yang tepat dan bukan hanya melalui telefon. Kontraktor cat akan ingin melihat rumah atau pejabat, kerana mesti terdapat beberapa kawasan yang mungkin terlepas dibincang oleh pemilik melalui telefon.

2) Memberi Cadangan Pengecatan Baik

khidmat-cat-kediaman-terbaik-subang-jayaTerdapat banyak pemilik rumah tidak tahu apa warna yang sesuai untuk rumah mereka. Kepada pemilik yang mempunyai pereka dalaman, pereka akan menentukan warna perabot. Tips untuk menentukan warna rumah anda adalah mengetahui warna perabot utama yang dipilih oleh pemilik atau pereka dalaman.

Jika perabot anda kebanyakannya berwarna hitam, maka anda mungkin ingin mempunyai dinding yang berwarna putih. Hal ini adalah untuk mendapatkan kontras dalam warna, sekiranya perabot anda kebanyakannya berwarna putih, anda boleh menggunakan jenis warna putih yang berbeza untuk memberi kontras.

Akhir sekali, anda mungkin ingin mempunyai bilik (ruang tamu atau ruang makan) untuk menjadi ruang tersendiri anda, jadi warna bilik ini akan berbeza dari bilik-bilik lain.

3) Sikap Kontraktor Pengecatan

Ciri ini merupakan ciri yang terpenting dalam pandangan saya dan merupakan sebab terbaik untuk mendapatkan perkhidmatan kontraktor cat ini. Setiap pelanggan mempunyai hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, jadi sikap kontraktor pengecatan adalah satu-satunya sebab mengapa pelanggan mendapatkan perkhidmatan kami.  

Anda mungkin berfikir bahawa harga merupakan aspek terutama anda, saya bersetuju dengan ini tetapi harga tidak boleh menjadi satu-satunya aspek utama. Perkhidmatan cat yang ditawarkan masih merupakan aspek yang paling penting.

Jika anda ingin mencari tukang cat rumah yang baik di Lembah Klang, anda boleh pertimbangkan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat kami.