6 Perkara Perlu Dielakkan Apabila Mencari Kontraktor Cat Rumah di Kuala Lumpur dan Selangor

Semua orang ingin mendapatkan kontraktor cat rumah terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor yang dapat memastikan kediaman atau bangunan mereka kelihatan cantik. Cara pengecatan akan mempengaruhi keseluruhan penampilan bangunan anda. Tidak kira betapa baik dan cantiknya bangunan tersebut dibina, kerja pengecatan mampu memberikan penampilan yang lebih baik atau sebaliknya akan merosakkannya. Ini adalah kerana kerja buruk yang dilakukan oleh kontraktor cat yang tidak berpengalaman boleh mempengaruhi keseluruhan penampilan rumah anda.

Oleh itu, adalah amat penting untuk memilih tukang cat rumah yang profesional di Kuala Lumpur.

Berikut merupakan 6 perkara yang harus dielakkan apabila anda ingin mendapatkan perkhidmatan kontraktor cat rumah:

Mengupah Kontraktor Cat yang Tidak Berpengalaman

Ini adalah faktor yang paling penting kerana kita harus mencari seseorang yang cukup berpengalaman untuk mengendalikan projek pengecatan anda. Selain itu, kontraktor baru mungkin tidak berpengalaman dalam memilih bahan yang tepat dan memberikan nasihat padanan warna yang baik.

Tidak Memeriksa Latar Belakang Syarikat Cat Rumah

Terdapat beberapa syarikat penipu di mana setelah pelanggan membayar deposit, mereka tidak hadir untuk kerja. Pengecat yang bereputasi buruk mungkin akanĀ  melakukan kerja pengecatan yang tidak baik dan meninggalkan kerja tersebut kepada pemilik rumah untuk menyelesaikannya. Oleh itu, adalah amat penting untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang syarikat pengecatan. Baca ulasan daripada Google dan jika boleh, anda harus mendapatkan kontraktor melalui rujukan dari kawan supaya anda boleh mendapatkan maklum balas secara langsung dan jujur daripada kenalan anda.

Tidak Mendapatkan Sebut Harga Terperinci

Kesalahan lain yang biasa dilakukan ialah kita bersetuju dengan sebut harga yang diberikan pada kali pertama dan tidak mengetahui harga kerja secara terperinci. Kadang kala, kontraktor memberikan satu sebut harga dengan keseluruhan harga tanpa perincian kos. Sekiranya anda tidak mengetahui sebut harga secara terperinci, kemungkinan besar pakar cat rumah itu telah mengenakan bayaran kepada anda dengan harga premium.

Tidak Bertanya Semua Soalan Kepada Pengecat Sebelum Projek Dimulakan

Ini adalah kesalahan biasa yang kita lakukan semasa mengupah kontraktor cat. Kita harusĀ  mengetahui jenis bahan yang digunakan dan butiran perkhidmatan yang diberikan sebelum mereka memulakan tugas. Pastikan anda telah membincangkan semua perkara termasuk butiran mengenai projek pengecatan, masa yang diperlukan, dan jenis bahan cat yang akan digunakan. Ini dapat memastikan kita yakin dengan perkhidmatan yang diberikan dan kita juga akan mengetahui sama ada kontraktor tersebut adalah sesuai.

Hanya Mendapatkan Sebut Harga Daripada Satu Syarikat Tukang Cat

Sekiranya anda ingin mencari kontraktor cat yang baik, jangan hanya terus memilih pilihan pertama dengan segera. Pastikan anda mendapatkan pilihan oleh beberapa syarikat dan dapatkan 3 sebut harga sebelum memilih kontraktor yang terbaik.

Sekiranya anda masih sedang mencari servis cat rumah yang terbaik dan sesuai dengan apa yang anda inginkan, jangan takut. Anda boleh menghubungi atau menghantar emel kepada kami untuk mendapatkan perundingan percuma sekarang!