Soalan Lazim – Servis Pengecat di Kuala Lumpur & Selangor

Soalan Lazim Berkenaan dengan Khidmat Cat Kami

Sebagai syarikat khidmat cat rumah di Kuala Lumpur dan Selangor, kami akan menjawab apa-apa soalan yang anda ada mengenai proses cat kami. Syarikat kami telah menyenaraikan beberapa pertanyaan lazim tentang pengecatan rumah yang biasanya kami terima.

Sila bebas untuk menghubungi kami jika anda mempunyai apa-apa soalan yang tidak disenaraikan di sini.

Kenapa saya perlu mengecat rumah saya?
Terdapat beberapa sebab yang baik untuk mengecat rumah bermula dengan keinginan untuk memberi penampilan pertama yang baik dan juga untuk melindungi bahagian luar rumah anda. Cat yang berkualiti tinggi akan bertindak sebagai penghalang antara unsur-unsur alam. Selain itu, penegcatan rumah juga akan meningkatkan nilai harta rumah anda.
Adakah saya memerlukan seorang tukang cat profesional atau bolehkah saya melakukan kerja cat sendiri?
Walaupun secara teknikal sesiapa sahaja boleh mengecat, tetapi bukan semua orang harus mengecat. Terdapat beberapa sebab yang baik mengapa kerja pengecatan dalaman dan luaran kediaman atau bangunan perlu ditinggalkan kepada pakar industri. Sebab pertama, kualiti kerja cat akan menjadi lebih baik apabila dilaksanakan oleh profesional yang terlatih dan berpengalaman.

Seorang pakar cat juga sudah mempunyai peralatan yang sesuai untuk melengkapkan kerjanya. Selain itu, adalah lebih selamat untuk memberikan kerja ini kepada seseorang yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan kerja yang lebih sukar seperti pengecatan luar rumah.

Berapakah masa yang diperlukan untuk melengkapkan proses pengecatan?
Jumlah masa yang diperlukan untuk mengecat rumah atau kedai anda bergantung kepada beberapa faktor tetapi dengan jelasnya, kami berusaha untuk melengkapkan setiap tugas secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti. Kebiasaanya, projek kediaman dapat diselesaikan dalam beberapa hari tetapi juga terdapat projek yang berjalan selama beberapa minggu.

Untuk kerja komersial, ia bergantung kepada saiz bangunan. Kami akan memaklumkan anda tentang jangka masa yang dianggarkan apabila kami menawarkan anda sebut harga, dan akan memaklumkan anda tentang apa-apa maklumat terkini terhadap anggaran itu sepanjang projek ini berjalan.

Bagaimanakah saya memastikan kerja pengecatan akan bertahan lama?
Satu lagi sebab penting untuk mendapatkan servis tukang cat yang terlatih dan berpengalaman dan bukannya menjalankan kerja mengecat diri sendiri adalah supaya anda mendapat hasil kerja yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Walau bagaimanapun, kunci utama untuk ketahanan lama adalah dalam penyediaan permukaan yang dicat serta kualiti cat. 

Ramai orang tidak menyedari kerja sebenar dalam projek pengecatan adalah proses penyediaan dan pembersihan permukaan; inilah yang akan membantu memastikan cat akan bergabung dengan permukaan dengan betul. Dari mengisi lubang ke permukaan bawah, ini adalah langkah-langkah yang boleh membantu memanjangkan jangka hayat hasil kerja cat.

Mengapakah saya harus mendapatkan servis syarikat anda?
Syarikat kami adalah sebuah syarikat pengecatan rumah, yang didedikasikan untuk memenuhi kepuasan keseluruhan setiap pelanggan kami. Dengan pengalaman yang bertahun-tahun, kami dilesenkan dan bersedia untuk pergi ke mana-mana sahaja di kawasan Lembah Klang untuk menangani permintaan perkhidmatan cat anda.

Sebut Harga Percuma

ST Coatings Enterprise 

001400998-W

Alamat

C-09-05, Kondominium Aseana Puteri, Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor